Khamis, 1 Ogos 2013

BISKUT SUJI KRISTAL

As-Salam buat semua..
Nampaknya semua orang dok post gambar biskut raya.Saya pun post juga lah!.Mulanya ingat nak beli saja sebab malas nak buat. Akhirnya saya beli beberapa jenis dan buat juga beberapa jenis. Biskut suji kristal ni agak manis juga kerana di golek dalam gula kastor.Mulanya ingat nak letak gula sikit sahaja tapi tangan tu laju aje tabur gula banyak atas biskut.Sepatutnya tunggu biskut sejuk dulu baru letak gula,saya pula masa biskut panas-panas terus tabur gula.Macam tu la kalau tak fokus buat kerja(mood kat tengah laut!).Habis gula tu lekat banyak kat biskut!nampak comotnye...

BISKUT SUJI KRISTAL

Resepi : Chef Asma (Buku Festive Cookies, 2007)
sumber:ovenkecil.blogspot.com/  thanks.

Bahan-bahan
Bahan A (diayak bersama) 
  • 250 gm tepung gandum 
  • 1 sudu teh serbuk penaik 
  • 1 sudu teh baking soda 
Bahan B 
  • 125 gm gula aising 
  • 1/8 sudu teh garam 
  • 100 gm badam kisar (panggang terlebih dahulu) 
  • 1/2 sudu teh esen vanilla 
  • 200 gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan)  saya guna 150 gm dan tidak di cairkan
Pewarna
Pewarna pink, hijau dan kuning 
Hiasan
Gula kaster 

Cara membuatnya
  •  Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna. Pukul perlahan sehingga menjadi doh 
  • Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan tiga jenis pewarna secukupnya. 
  •  Susunkan ketiga-tiga doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10gm setiap doh. 
  •  Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar. 
  •  Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit. 
  •  Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kastor.
**saya mengikut cara-cara  Naz seperti di bawah, 

  • Satukan semua bahan A dan bahan B kecuali minyak sapi. Gaul rata.Guna tangan sahaja.
  • Kemudian masukkan minyak sapi dan uli sebati.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan.
  • Cubit sedikit setiap bahagian doh yang bewarna, satukan dan bulut-bulatkan.Buat hingga habis dan susun di dalam loyang pembakar.Saya buat bebola-bebola menjadi sebesar duit syiling 10 sen sebab biskut ni mengembang.
  • Bakar pada suhu 150-160'C selama 15-20 minit.
  • Setelah sejuk, golek-golekkan bebola di dalam gula kastor. Masukkan ke dalam cawan kertas sekiranya suka.

2 ulasan: