style="text-align: center"

Rabu, 31 Julai 2013

NASI TOMATO


As-Salam buat semua...
Hidangan Nasi tomato untuk berbuka puasa di buat setelah saya terjumpa resepinya kat dapur Zalinah Rempah- ratus.Nasi tomato ini sedap di makan dengan Ayam masak merah ataupun Kurma ayam.Berselera sungguh anak-anak makan nasi ni sebab rasanya agak sedap juga bila di gandingkan dengan lauk ayam.Jom kita tengok resepinya.

NASI TOMATO
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan
4 cawan beras Basmati - rendam 20 minit dan toskan
5 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 pokok daun ketumbar - hiris
1/2 cawan kismis
2 helai daun pandan
Rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
4 sudu besar tomato puri
3 besar sos tomato
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak jagung
Garam secukupnya      saya gantikan dengan kiub pati ayam


Bahan dihiris halus
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara membuatnya

  • Panaskan minyak sapi dan minyak jagung di dalam periuk letrik di atas dapur.
  • Tumiskan rempah tumis, daun pandan daun ketumbar dan bahan yang dikisar hingga layu.
  • Masukkan air, susu cair, tomato puri,kiub pati ayam dan sos tomato. Kacau rata.
  • Masukkan beras, daun pandan dan garam.Angkat periuk letrik dari dapur dan masak nasi dalam periuk letrik seperti biasa.
  • Angkat penutup dan masukkan kismis. Gaul dan tutup balik. Biar sebentar.Sedia untuk di hidangkan.
  • Taburkan dengan sedikit bawang goreng untuk hiasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan