Khamis, 22 Ogos 2013

NASI KERABU

 As-Salam buat semua..
Saya buat Nasi kerabu untuk makan tengahari ,buat yang ringkas sahaja sebab malas nak fikir nak masak lauk apa.Kalau Nasi kerabu dah tau lauk apa yang nak di gandingkan.Nasi kerabu putih ini di gandingkan dengan Ayam percik dan Daging bakar serta Kuah tumis.Dalam banyak-banyak jenis nasi kat Kelantan ni,Nasi kerabu pilihan nombor satu di hati saya.
Selain dari Nasi kerabu putih, di sini ada Nasi kerabu warna purple(guna bunga telang) dan Nasi kerabu warna kuning(pewarna kuning) dan lauk serta ulamannya boleh di pelbagaikan ikut citarasa sendiri.Saya tidak menyediakan Sambal kelapa kerana anak-anak tidak makan.Biasanya orang Kelantan makan nasi kerabu sebagai sarapan pagi.Kat Kota Bharu ni,Nasi kerabu juga di jual pada waktu malam.

NASI KERABU KELANTAN
Resepi:Azie Kitchen.Tq..


Nasi
Masak beras seperti biasa.Masukkan bunga telang dan kacau- kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru dan pewarna kuning jika inginkan Nasi kerabu warna kuning.Jika suka boleh juga masukkan satu batang serai ketuk dan daun limau purut yang di hiris halus.
Kuah Tumis
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 ulas bawang putih
3 biji bawang besar  
15 tangkai cili kering
1 cm halia
1 batang serai - ketuk  
1 asam keping
2 sudu besar gula  
Sedikit gula melaka
2 sudu besar budu
Garam (kena rasa masin dulu)
Cara membuatnya 
Kisar semua bahan di atas kecuali serai diketuk.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam.Masak sehingga pecah minyak. 

Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Sambal Kelapa
1ekor ikan kembung-rebus dan ambil isinya
1/2 biji kelapa parut
4 biji bawang merah
1 batang serai
garam
gula

Cara membuatnya
  • Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit
  • Tumbuk semua bahan dan di gaul dengan kelapa goreng
  • Tumbuk sekali lagi atau boleh saja di gaul rata.Masukkan garam dan gula secukup rasa.


Ulam ulaman

Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh
Hiris halus kesemua ulam ulaman. 
Nota:Pilihan ulaman bergantung kepada kesukaan masing-masing

Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula
Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis.

Lauk pauk
Telur masin 
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
Daging goreng atau ayam goreng
Keropok
Solok lada
Bawang putih jeruk
Atau apa apa yang disukai

Cara Menghidang
  • Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.
  • Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis,dan sambal.
  • Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dan lain-lain.
  • Jika suka letakkan pulak sayuran seperti solok lada, bawang putih jeruk dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan