Selasa, 20 Ogos 2013

BISKUT SAMPERIT PELANGI

 As-Salam buat semua..
Ada beberapa jenis biskut lagi yang saya buat pada Ramadan lepas dan salah satu darinya adalah Biskut samperit pelangi.Saya sukakan sesuatu yang nampak ceria dan menarik sebab itulah biskut ini di buat dalam tiga warna gabungan iaitu purple,merah dan hijau seperti dalam resepinya yang sebenar.Pada kebiasaannya Biskut samperit dulu-dulu hanya di buat dalam warna asal doh iaitu warna kuning tidak seperti Biskut samperit moden seperti ini .

BISKUT SAMPERIT PELANGI
Resepi:www.azlitamasammanis.com/

Bahan-bahan 
250 gm. mentega
150 gm.gula aising
1 biji kuning telur
250 gm.tepung red rose
150 gm.tepung kastard
30 gm .tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna

Cara membuatnya
  • Ayakkan tepung red rose,tepung kastard dan tepung jagung.Ketepikan.
  • Pukul mentega dan gula hingga sebati.Masukkan kuning telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna.
  • Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sedikit -sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
  • Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna jika suka.
  • Panaskan oven pada suhu 170'C.
  • Sediakan loyang pembakar dan sapukan sedikit mentega.
  • Masukkan doh ke dalam acuan samperit dan tekan di atas loyang.Jika nak buat yang pelangi,masukkan doh yang berwarna untuk sekali tekan,jika guna acuan samperit yang tekan guna jari.
  • Buat dalam 2.5 cm. panjang hingga habis.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 170'C selama 15 minit.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

4 ulasan:

  1. bagusla ada biskut raya...cheq da tak sempat nak upload lagi..apa2 salam kenal dari cheq da

    BalasPadam
    Balasan
    1. terimakasih cheq da,semoga silaturrahim ini berkekalan.

      Padam
  2. Meriahnya samperit dia... mesti best kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sungguh meriah sekali dan rasanya mestilah sedap kan...

      Padam