Ahad, 15 September 2013

KUAH YONG TAU FU

As-Salam buat semua...
Entri hari ini pasal kuah Yong Tau Fu.Saya memang suka makanan yang di rebus ini dan di makan pula dengan kuah manis pedasnya.Tapi tak teringin pula rasanya nak makan yang sedia di jual di pasar-pasar malam kerana saya meragui frozen foodnya.Usaha juga lah cari resepi nak buat sendiri.Yong Tau Fu ni kekuatan pada kuahnya.Bahan-bahan lain tu kebanyakkannya adalah frozen food mana yang kita suka. Saya pula hanya makan frozen food jenama Fusipim kerana ia ada status halal.

KUAH YONG TAU FU
Resepi:Minami @ My Resepi.Tq..

Bahan-bahan
10 tangkai cili kering
gula melaka 
bijan goreng
gula-kalau kurang manis
1 sudu kecil garam
3 cm. belacan
300 ml. air
1 sudu besar minyak
1 1/2 sudu besar tepung jagung
sedikit perasa jika suka     saya guna serbuk cukup rasa Maggi

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dalam kuali.Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  • Setelah garing,angkat dan kisar cili dengan sedikit air.
  • Panaskan air bersama gula melaka.Masukkan cili kering kisar tadi dan juga belacan.
  • Setelah mendidih,masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • Masukkan garam,serbuk perasa dan gula jika gula melaka tidak cukup manis.
  • Masukkan bijan goreng dan siap untuk di hidangkan bersama frozen food pilihan dan juga sayur kangkung celur.Saya hanya makan dengan daun salad segar.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan