Hari ini saya hidangkan di dapur maya ini Nasi ayam yang sangat di gemari oleh anak-anak saya.Resepinya adalah dari Kak Azie kitchen yang banyak membuat Nasi ayam yang sedap-sedap.Walaupun resepinya lebih kurang sama sahaja tetapi penyediaan Nasi ayam itu yang membuat rasanya jadi berbeza.Dalam resepi ini saya skip sos lada kerana anak-anak hanya makan Nasi ayam dengan sos pencicah dalam botol sahaja.
NASI AYAM ISTIMEWA
Resepi:Azie kitchen
Bahan-bahan(6-8 orang)
Untuk rebus
1 ekor ayam
2 ulas bawang putih
2 cm halia-di ketuk
air secukupnya
Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
sedikt kicap cair
sedikit minyak bijan
- Ayam di potong ikut suka besarnya,bersihkan dan lumur dengan bawang putih yang di tumbuk dan halia yang di ketuk.Rebus sehingga empuk.
- Toskan ayam ,simpan air rebusan ayam tadi dan perap ayam dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam.
- simpan dalam peti ais selama 15-20 minit.Lumurkan semua ayam dengan sedikit madu.Goreng hingga keperangan.
- Angkat ayam dan di ketuk sedikit sebelum di hidangkan
Untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia
4 ulas bawang putih-di tumbuk
air rebusan ayam secukupnya
sedikit garam
Bahan penumis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 batang serai-di ketuk
2 helai daun pandan
pewarna kuning -jika suka
Cara membuatnya
- Basuh beras dan toskan.Panaskan butter,tumiskan bahan penumis,daun pandan,serai, halia serta bawang putih hingga garing .
- Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit baunya.Masukkan air rebusan ayam secukupnya(bergantung pada jenis beras yang di gunakan) dan sedikit garam.Masukkan pewarna kuning jika suka .Masak nasi seperti biasa hingga masak.
untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
Kisarkan kesemua bahan di atas.Boleh tambah sos tomato/sos cili jika suka.Boleh juga di masak sebentar jika suka.
Untuk sup
air rebusan ayam
1 biji bawang besar-di kisar
rempah sup
garam secukup rasa
daun sup yang di hiris
Untuk kicap
kicap manis cap kipas udang
gula
3 biji cili api
air rebusan ayam
Masukkan kicap manis,gula dan cili api kedalam blender dan kisar sampai jadi pekat
Sedia untuk di hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan