style="text-align: center"

Rabu, 11 September 2013

SEKAYA TELUR

As-Salam buat semua...
Ia adalah salah satu dari kuih tradisionaL orang Kelantan.Rasanya agak manis dan bila di buat sendiri saya mengurangi sedikit kemanisan itu.Kuih ini paling popular di makan dalam bulan puasa.Tapi dalam bulan tak puasa pun ia sentiasa ada di jual.Saya mengukusnya di dalam bekas-bekas kecil supaya senang untuk di makan.Ia juga boleh di kukus dalam loyang besar dan kemudian  di potong.

SEKAYA TELUR
Resepi:Azie kitchen.Tq..

Bahan-bahan
6 biji telur itik-buang mata
1/2 cawan gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
3-4 bunga cengkih
sedikit garam

Cara membuatnya
  • Panaskan periuk pengukus terlebih dahulu.
  • Satukan kesemua bahan kecuali bunga cengkih dan daun pandan dan di pukul ringan hingga sebati.
  • Alas loyang dengan plastik dan tapiskan adunan ke dalam loyang saiz 7 inci.
  • Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih dan daun pandan.
  • Masukkan loyang ke dalam pengukus dan kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
  • Angkat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong.Ia sedap di makan sejuk.

4 ulasan:

  1. salam kak..

    menarik kuih ni..Nampak sedap..belum pernah makan lagi kuih ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah buat ia sedap sekali!..boleh juga guna telur ayam.

      Padam
  2. As slm. Wah sedap tu. baru bercadang nak membuatnya esok.

    BalasPadam
  3. assalam azie...nk tanya..satu adunan tu..bleh dapat berapa keping kl diletakkan dalam bekas bulat kecil-kecil mcm azie...tq

    BalasPadam