style="text-align: center"

Selasa, 29 Oktober 2013

AYAM GORENG SERBUK CILI

As-Salam buat semua..
Ayam goreng seperti ini menjadi kesukaan anak-anak saya.Kalau goreng dada ayam besar begitu sahaja mereka tidak berapa suka makan.Buat kecil-kecil macam ni barulah habis di makan .Siap bertambah-tambah lagi..Resepi dan cara membuatnya ringkas sahaja.

AYAM GORENG SERBUK CILI
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
2 keping dada ayam-potong dadu
1 sudu besar serbuk cili 
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cukup rasa
1 labu bawang besar-potong bulat
1 sudu besar madu
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng ayam

 Cara membuatnya
  • Gaulkan semua bahan kecuali bawang besar dengan ayam yang di potong dadu dan perap seketika.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kelihatan garing.
  • Tambahkan bawang besar dan goreng sebentar lagi.
  • Tutup api dan bolehlah di hidangkan.

5 ulasan:

  1. Senang sikit kerja kalau guna serbuk cili kan Suzana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la Amie,main campak-campak then goreng saja..he..he

      Padam
  2. Balasan
    1. cubalah buat ,tengok gambar buat terliur saja.

      Padam
    2. cubalah buat,asyik tengok gambar saja semua nampak sedap kan!

      Padam