Khamis, 17 Oktober 2013

CUCUR KETAM

 As-Salam buat semua..
Jumpa resepi ni kat blog Izah Daut,teringin cuba membuatnya sebab nampak sedap dan rangup tambahan pula dicicah dengan sos kegemaran ,lagi seronok makan ramai-ramai.Kalau harap anak nak makan sosej ketam begitu sahaja jangan haraplah.Lastly buat cucur habis juga jejari ketam saya dalam peti sejuk tu!.

CUCUR KETAM
Sumber:Izah Daut

Bahan-bahan
1 1/4 cawan tepung gandum
10 batang jejari ketam
1/2 biji bawang besar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 / sudu teh garam
3/4 sudu teh baking powder-sudu rata
1/2 sudu kecil pati ayam
1/4 cawan air
1 biji telur

Bahan saya tambah.
1/2 batang lobak merah parut
2 pokok daun bawang-hiris halus

Cara membuatnya
  •  Masukkan air,telur.bawang besar dan kisar bahan tadi
  • Dalam mangkuk besar masukkan tepung,baking powder,garam,pati ayam,serbuk, lobak merah-parut ,daun bawang  dan jejari ketam di potong dadu dan gaul rata.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di kisar tadi.Kacau sebati.
  • Kemudian masukan ke dalam peti ais selama 20-30 min..
  • Panaskan minyak scukupnya dan bolehlah di goreng cucur tadi sehingga warna kekuningan dan masak.
  • Hidangkan dengan sos pilhan.

3 ulasan:

  1. salam kak..

    em,sedapnya makan cucur ketam..Nampak simple ja resepi..bleh la buat jugak nanti ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba lah buat ,lepas satu-satu nanti masuk mulut!

      Padam
  2. salam kenal buat tenkubutang.thanks sudi follow..kita dah follow blog awak nice!.

    BalasPadam