As-Salam buat semua...
Tengah musim hujan sekarang kat sini.Dah 2-3 hari awan mendung, petang dan malam pula hujan.Perut pun asyik lapar saja(diet tahun depan la pulak ye!).Anak-anak lagi lah,asyik nak makan sahaja.Buat apa-apa pun kejap saja sudah habis.Petang tadi buat pula sandwich.Saya menggunakan roti perang untuk membuat sandwich ini,buat pula bertinket-tinket!...
SANDWICH DAGING CINCANG
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
roti sandwich
daging cincang
beberapa helai daun salad
1/2 labu bawang besar-potong kiub
1sudu besar sos tomato
2 udu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 biji lobak merah-potong kiub
1 biji tomato-potong nipis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam jika perlu
minyak canola
Cara membuatnya
- Sapu planta pada kedua-dua belah roti dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak canola dan tumiskan bawang besar sampai layu sedikit dan masukkan daging cincang.Gaul rata.
- Masukkan sos tomato,sos cili dan kicap manis.Gaul rata.
- Tambahkan serbuk lada hitam dan jika agak kering masukkan sedikit air.
- Bila daging hampir masak,masukkan tomato kiub.Sesuaikan rasanya dan bial agak kering sedikit,padamkan api.
- Letak daun salad atas roti,daging cincang,tomato hiris dan tutup atas sekali dengan sekeping lagi roti .
- Sedia untuk di hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan