style="text-align: center"

Ahad, 1 Disember 2013

SAMBAL UDANG PETAI

As-Salam buat semua...
Hari ini tak dan nak buat karangan panjang-panjang, kerana kesuntukan masa,nak study sikit esok ada exam(sempat lagi curi masa tulis blog!).Kita terus tengok resepi saja...

SAMBAL UDANG PETAI
Olahan:daridapursuzana
 
Bahan-bahan
15 ekor udang saiz sederhana
2 papan petai-ambil isinya sahaja
1sudu besar jus asam jawa
1 senduk  cili kering kisar
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Garam dan gula secukup rasa
6 helai daun limau purut
1 batang serai-hiris nipis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Bahan kisar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah keras
minyak canola untuk menumis

  Cara membuatnya
  • Panaskan minyak canola dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga naik baunya.
  • Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa.
  • Masukkan jus asam jawa,sos cili,sos tomato,sos tiram dan petai dan daun limau purut serta serai.Kacau rata, masak hingga petai layu.
  • Masukkan udang.Masak sekejap,perasakan dengan garam secukup rasa dan tambahkan kicap manis serta serbuk lada hitam.
  • Kacau rata, rasa dan jika sesuai,bolehlah di matikan api.Sedia untuk di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan