Isnin, 11 November 2013

SWISS ROLL PELANGI

As-Salam buat semua..
Sudah hampir dua minggu saya tidak menulis di sini.Sekembalinya dari bercuti minggu lepas,tak sempat -sempat nak singgah kat dapur ni kerana mula bertugas seperti biasa.Baru hari ini dapat menyambung kembali hobi yang satu ini setelah dapat cuti semula.Entri hari ini pasal kek gulung yang saya selalu ulang-ulang buat dan telah mencuba berbagai resepi kek gulung yang menarik dan sedap.Dan salah satunya adalah kek gulung pelangi ini.Ia amat gebu dan cair dalam mulut!.Macam biasalah saya ,kalau buat kek gulung selalu saja terbabas letak krim banyak-banyak.Lepas gulung mulalah bersepah sana -sini kerana krim tebal sangat!
SWISS ROLL PELANGI
Sumber:Watiey Abdullah-Buku Resepi

Bahan A

75 gm tepung gandum -di ayak
3 biji kuning telur
60 ml air
40 ml minyak jagung
1/2 sudu teh esen vanila

Pukul kuning telur,air,minyak dan esen vanila hingga sebati.Bila sudah kembang, masukkan tepung gandum dan gaul sebati.

Bahan B
3 biji putih telur
50 gm gula kastor
1/4 sudu teh cream of tartar

  • Pukul putih telur sampai kental.Tambahkan cream of tartar.Pukul lagi hingga telur kaku(terbalikkan bekas ia tidak jatuh).
  • Campurkan bahan A dan bahan B.Gaul perlahan secara kaup-balik hingga rata.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai.Alas loyang pembakar dan panaskan oven.
  • Letak adunan yang berlainan warna dalam piping beg dan aturkan warna-warna yang berlainan dalam loyang pembakar secara memanjang.
  • Bakar sehingga masak dengan suhu 170'C.Sejukkan sebentar sebelum di sapu krim dan di gulung.
**Saya mengunakan krim putar dan blueberry filling.

Cara menggulung kek
  • Ambil sehelai baking sheet dan taburkan sedikit tepung.Letakkan kek gulung di atas baking sheet dan sapukan krim rata-rata.
  • Seeloknya krim tidak di sapu tebal sangat seperti yang saya buat tu untuk memudahkan proses menggulung nanti.
  • Gulung perlahan-lahan dengan kertas dan simpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu supaya gulungannya kemas sebelum di potong.

4 ulasan: