style="text-align: center"

Jumaat, 27 Disember 2013

APPLE COBBLER

 As-Salam buat semua...
Hari nak hidangkan Apple cobbler ini yang sedap di makan sama ada suam atau sejuk.Lapisan bawah adalah campuran buah epal yang manis manakala lapisan atasnya adalah Cobbler mix yang rangup .

APPLE COBBLER
Sumber:Dapur Ibundo

Bahan A-Apple mix
2 biji epal besar
1 sudu besar tepung serbaguna
7 sudu teh gula
1.2 sudu teh jus lemon

Bahan B-Cobbler Mix.
3/4 cawan tepung gandum
3/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar mentega
1/2 cawan buttermilk(1 sudu besar jus lemon/cuka campur dengan 1 cawan susu).
Cara membuatnya
  • Campurkan semua bahan Apple mix dalam bekas bekas atau bekas tahan panas.Gaul rata.Biarkan selama 1/2 jam.
  • Dalam mangkuk yang lain,campurkan tepung,baking powder,soda bikarbonat,garam,gula dan mentega.
  • Dengan menggunakan hujung jari,gaul kesemua bahan hingga menjadi seperti bread crumbs.
  • Masukkan buttermilk dan gaul rata .
  • Tuang Cobbler mix ke atas Apple mix.Tidak perlu di gaul.
  • Masukkan ke dalam oven yang telah di panaskan dalam suhu 200'C dan bakar selama 30 mInit atau hingga bahagian atas berwarna perang.
  • Sejukkan dahulu sebelum di makan atau boleh di letakkan di dalam peti sejuk jika suka di makan sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan