style="text-align: center"

Sabtu, 28 Disember 2013

PUDING KELAPA


As-Salam buat semua...
Puding kelapa ini di buat dengan menggunakan Buah kelapa madu yang di tanam di belakang rumah.Buahnya sungguh lebat dan pokoknya rendah sahaja.Saya ambil beberapa biji untuk di buat minuman air kelapa dan isinya yang keras sedikit di buat puding ini.

PUDING KELAPA
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 paket serbuk agar-agar/10 gm
600 ml air
1 tin susu cair
3 cawan kelapa muda parut
pewarna merah jambu
gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya
  • Masukkan air,serbuk agar-agar,gula ke dalam periuk dan kacau rata.Masak hingga gula larut .
  • Tambahkan susu cair serta sedikit garam.
  • Bila agar-agar mendidih,masukkan pewarna merah jambu dan kelapa muda parut,kacau rata.
  • Angkat dan masukkan ke dalambekas atau  acuan yang sesuai ,
  • Sejukkan sebentar sebelum di bekukan di dalam peti sejuk.Potong ikut bentuk yang di sukai.

1 ulasan:

  1. salam kak..

    em, bestnya makan puding kelapa..kaler pink tu nampak sweet..

    BalasPadam