Isnin, 23 Disember 2013

BINGKA SUSU

 As-Salam buat semua...
Hari ini nak tayang kuih Bingka susu yang baru pertama kali saya buat.Lepas ni nak kena buat lagi sebab dah ada orang yang request nak makan lagi.Kebetulan selepas bingka ini masak dan sedang di sejukkan untuk di potong,ada pula tetamu datang dari kampung.Langkah kanan la dia orang makan bingka yang baru siap di buat ni!..

BINGKA SUSU
Sumber:Kak Fida@myR

Bahan A-loyang 8x8
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
50 gm gula pasir
1 cawan tepung gandum -di ayak
2 biji telur

Bahan B
500 ml /2 cawan air
100 gm/ 6 1/2 sudu besar mentega/marjerin
50 gm /5 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam
bijan   saya tambah 

Cara membuatnya
  • Satukan bahan A dan ketepikan.Satukan bahan B dalam periuk dan kacau rata.Masak hingga pekat di atas api yang perlahan.
  • Masukkan bahan A ke dalam bahan B yang telah di masak tadi.
  • Kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi.Matikan api.
  • Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di sapu mentega,taburkan bijan dan bakar pada suhu 160 'C selama 30-40 minit atau hingga permukaan kuih garing.
  • Bila kuih benar-benar sejuk di dalam loyang,potong dan bolehlah di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan