Ahad, 22 Disember 2013

CARROT CHEESE CAKE


 As-Salam buat semua..
Sudah beberapa tahun saya simpan resepi ini tetapi tetapi baru kali ini saya cuba membuatnya.Lupa pula nak catat resepinya ambil kat mana.Sesuai untuk dijadikan hidangan buat minum petang.Kek ini tidaklah begitu kuat rasa kejunya kerana ia telah di campurkan dengan mentega.

CARROT CHEESE CAKE
Bahan A
125 gm cream cheese
150 gm mentega-di  lembutkan pada suhu bilik
230 gm gula kastor    saya letak 180 gm
5 biji telur

Bahan B
230 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
*kedua bahan ini di ayak bersama

Bahan C
50 gm lobak merah parut-perah buabg airnya
1 sudu teh esen vanila

hiasan
parutan lobak merah-perah airnya

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 170'C
  • Putar bahan A hingga berkrim.Masukkan gula kastor dan putar lagi hingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan  dan putar lagi hingga gebu.
  • Tuangkan bahan B sedikit demi sedikit menggunakan kelajuan perlahan sahaja.
  • Masukkan parutan lobak merah dan esen vanila.Gaul rata.
  • Masukkan adunan kek ke dalam acuan spring form/loose tin.Taburkan lobak merah parut.
  • Bakar secara bain marie(meletakkan bekas kek di dalam bekas yang berisi air)selama 60 minit atau sehingga masak.
  • Bila masak,buka pintu oven separuh dan tunggu kek sejuk sedikit barulah di ambil keluar.
  • Sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong.
*jika inginkan permukaan kek yang perang,bolehlah tambahkan masa membakar . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan