style="text-align: center"

Jumaat, 13 Disember 2013

HEAVENLY CARROT CAKE

As-Salam buat semua....
Kek ini asalnya di buat adunan untuk sebiji tetapi untuk memudahkan anak-anak makan saya meletakkannya di dalam cawan kertas.Rasanya memang best dan tidak berapa manis.Dari asalnya saya nak makan sebiji dua dah jadi' bercawan-cawan' !

HEAVENLY CARROT CAKE
Sumber:Tiffin biru.blogspot

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam halus
1 1/4 sudu teh serbuk kayu manis
*semua bahan di atas disatukan dan di ayak

2 biji telur gred A
3/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula perang
1 1/4 cawan parutan lobak merah-perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas tin-toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut-cincang

Bahan cream cheese(topping)
70 gm mentega tanpa garam
125 gm cream cheese
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 sudu besar gula aising -di ayak

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 175'C.Sapu loyang bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak.Alas dasarnya dengan kertas minyak.
  • Walnut di goreng tanpa minyak hingga wangi,angkat dan ketepikan.
  • Kelapa kering juga di goreng tanpa minyak hingga harum,tapi jangan sampai hangus biar perang sedikit sahaja.Angkat dan ketepikan.
  • Dalam satu bekas,masukkan telur,minyak jagung dan gula,kacau dengan whisk hinga rata,sebati dan gula hancur(dalam 3-4 minit) .
  • Masukkan bahan -bahan yang telah di ayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati dengan menggunakan spatula.
  • Masukkan nenas,lobak merah parut,kelapa kering dan walnut.Gaul rata dengan spatula hingga sebati.
  • Tuang dalam loyang dan bakar selama 55 minit hingga 1 jam atau hingga masak.Jika di buat kek cawan seperti saya masa membakar adalah berlainan dan juga  bergantung pada oven masing-masing.
  • Sejukkan kek atas jaringan sebelum di sapu dengan cream cheese dan hias ikut suka.
Untuk cream cheese
  • Putar cream cheese dan mentega hingga sebati.
  • Masukkan gula aising dan esen vanila,terus memutar hingga gebu dan halus dengan menggunakan kelajuan sederhana .
  • Boleh sapu atau paipkan di atas kek dan hias ikut suka.

2 ulasan: