style="text-align: center"

Selasa, 17 Disember 2013

OBLONG BURGER

 As-Salam buat semua.
Selama lima hari dapur saya tak berasap,cuti-cuti Malaysia lagi tapi kali ini ke utara pula iaitu Kedah dan dan Pulau pinang.Banyak benda baru saya jumpa dan banyak makanan baru boleh di rasa sepanjang perjalanan ini.Di Kedah saya dapat rasa Gulai daging dan umbut pisang,Kurma telur,Acar buah,Kari nangka,Ikan kering goreng tepung yang pastinya tiada di sini.Di Penang pula tentulah Pasembor dan Nasi Kandar.Mesti nak pergi pula sekali lagi!.
Resepi hari ini adalah Oblong burger saiz besar,kalau sedang diet boleh potong empat!.Biasanya kita menggunakan Daging oblong yang sedia di jual tetapi kali ini saya hanya menggunakan daging cincang sahaja.
OBLONG BURGER
Olahan_daridapursuzana

Bahan-bahan
roti oblong
daging cincang atau daging oblong
1 labu bawang besar-potong dadu
1 biji tomato-potong dadu
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu teh serbuk lada hitam
daun salad
hirisan tomato
mayonis
planta untuk sapuan pada roti
sedikit minyak canola
garam  secukup rasa

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak canola dan tumiskan bawang besar hingga layu.Masukkan daging cincang dan gaul rata.
  • Tambahkan sos tiram,sos tomato sos cili dan serbuk lada hitam.Gaul sebati .Tambahkan sedikit garam secukup rasa.
  • Bila semua bahan telah masak,padamkan api.
  • Belah dua roti oblong dan sapu dengan planta.
  • Susun daun salad ,tomato dan daging cincang,picitkan mayonis/sos cili di atasnya dan letakkan daun salad lagi.
  • Cara menyusun ikut kesukaan masing-masing.Sedia untuk di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan