style="text-align: center"

Rabu, 22 Januari 2014

KUIH KETAYAP

As-Salam buat semua...
Kuih ketayap yang menjadi kesukaan Azim.Dalam banyak-banyak kuih ,makan pulak dia kuih dulu-dulu ni,kalau buat puding tu sedikit pun dia tak makan !Kalau time jumpa kelapa muda,saya akan cuba buat kuih ni.Puas hati dapat makan,intinya pulak kita letak banyak sikit!.

KUIH KETAYAP
sumber:Hana memorries.tq

Bahan untuk kulit
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 cawan air
1 sudu besar air pandan
sedikit pewarna hijau
minyak untuk mendadar


Cara membuatnya

Blend semua bahan di atas kecuali minyak.
Lengserkan minyak atas kuali.dadar adunan tadi hingga masak.
Angkat.Masukkan inti dan gulung.
Siap dihidang.


Bahan untuk inti
Sumber:Izahdaut.Tq

1 biji kelapa parut
setengah ketul gula merah

3 sudu gula pasir
setengah cawan air
2 helai daun pandan

Cara membuatnya

 Masak air bersama kedua dua gula dan daun pandan sehingga hancur. Kemudian masukkan kelapa. Gaul sehingga kelapa sedikit kering dan berminyak.Angkat dan sejukkan.

6 ulasan:

  1. Assalam
    Kesukaan sy, sbnya dari kecik mak duk hidang he hee biasa wat sarapan pg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuih yang sama-sama kita suka,dulu-sulu orang buat,dah tua-tua ni dapat rasa yang di buat sendiri pula...

      Padam
  2. Wah! kuih fav untie juga.... sedap kan Azim...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau auntie dok dekat Azim nak bagi sikit!...

      Padam
  3. salam kak..

    sya pun suka makan kuih ketayap/kuih lenggang ni..memang sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat la untuk tempahan pula,kan best!

      Padam