style="text-align: center"

Sabtu, 15 Februari 2014

BANANA CHOCOLATE RICE CAKE

 As-Salam buat semua...
Saya buat Kek pisang lagi tapi kali ini guna resepi yang lain pula.Banyak juga saya jumpa berbagai versi resepi kek pisang dan kebanyakkannya telah saya cuba buat.Hasilnya berbaloi juga kerana setiap resepi yang di cuba menghasilkan kek pisang yang gebu dan sedap dimakan.

BANANA CHOCOLATE RICE CAKE
By:Amy Wong& KS Lee
Sumber:Home Sweet Home.Thanks..

Bahan A
150gm marjerin atau mentega
150 gm gula kastor
3 biji telur
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum-di lecek

 bahan B
200 gm tepung protein rendah/tepung kek/tepung naik sendiri
30 gm coklat rice
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Hiasan
2 biji pisang-dipotong nipis bulat  tak letak
1/4 cawan hirisan badam

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 170' C.
  • Sediakan loyang 8x3x3 inci./loyang pilihan sendiri
  • Alas baking paper dan griskan dengan mentega.
  • Pukul marjerin atau mentega dan gula hingga nampak keputihan.
  • Masukkan telur satu persatu dan pastikan pukul telur hingga bercampur rata,baru di masukkan yang berikutnya dan pukul lagi hingga sebati.
  • Secara berselang-seli,masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bikarbonat dan susu ,adun rata.
  • Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula.Masukkan coklat rice dan gaul rata.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai .Ratakan adunan  dan susun hirisan pisang(jika letak)atau taburkan hirisan badam di atas kek.
  • Bakar dalam oven yang telah di panaskan  selama 40 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
  • Bila masak,sejukkan kek di atas redai dan sedia untuk di potong.
A

4 ulasan:

  1. salam kak su..

    kek pisang memang sedap dan enak dimakan kan..boleh buat pelbagai versi kek pisang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la dah pisang banyak sangat kat rumah ni.tu yang tak berenti cuba macam-macam resepi kek pisang tu!

      Padam
  2. salam Su, insya allah esuk kak noor nk buat ni hahaha, sbb dah ada pisang, buntu tak tau apa nak bawa nak tengok baby baru thanks ya nak copy resepi ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ambil la kak Noor ,cuba buat pasti menjadi.

      Padam