style="text-align: center"

Jumaat, 14 Februari 2014

BEBOLA DURIAN

As-Salam buat semua
Isi durian yang di sejuk beku masih banyak dalam peti ais.Buat cekodok durian sudah,lepas tu saya buat bebola durian  pula.Jom tengok resepinya..mudah sahaja.

BEBOLA DURIAN
Olahan:daridapursuzana

isi durian yang manis- di sejuk beku
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
air secukupnya
sedikit garam
sedikit pewarna kuning
minyak untuk menggoreng terendam

Cara membuatnya
  • Ambil isi durian biarkan sebentar di luar hingga separuh beku.
  • Bancuh tepung gandum dan tepung ubi hingga jadi adunan bater.Tambah sedikit garam dan pewarna kuning.
  • Isi durian separuh beku tadi di buat bebola.
  • Panaskan minyak untuk menggoreng terendam.Celupkan bebola durian ke dalam bancuhan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas.
  • Goreng hingga kelihatan garing.Angkat dan toskan minyaknya.
  • Sedia untuk di hidangkan.

2 ulasan:

  1. wow, best ni makan kak..sedap tu..lagi best kalau dapat makan 2-3 biji..nak sket..heheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh kalau nak sikit,bukan setakat 2-3 biji kalau makan tu sampai separuh pinggan he...he

      Padam