style="text-align: center"

Rabu, 12 Februari 2014

SAMBAL TUMIS TEMPOYAK UDANG DAN PETAI


As-Salam buat semua....
Masak Udang sambal tumis dengan tempoyak best juga bila di makan dengan nasi putih.Saya ni semuanya best,tapi setakat ni saya dah dapat kawal sikit jumlah makanan yang di ambil untuk mendisiplinkan diri ke arah kesihatan yang lebih baik lagi selagi saya mampu.Sorry ye gambar tersalah label,tertinggal pula perkataan tempoyak tu!.

SAMBAL TUMIS TEMPOYAK UDANG DAN PETAI
Resepi:Tiffin biru.blogspot.thanks CMG!

Bahan-bahan
.
3/4 cawan isi udang, cuci dan toskan
2 helai daun kunyit, mayang halus
1 keping asam gelugor
2 camca besar tempoyak
2 papan petai, ambil isinya
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

Bahan kisar halus

1/2 cawan cili padi kampung      saya ganti dengan cili kering kisar
3 biji cili merah
5 biji bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
1 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris halus

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum,masukkan tempoyak dan kacau hingga rata.
  • Tambah asam gelugor dan air, kacau dan biar mendidih. Tambah petai dan masak sekejap.
  • Masukkan udang, gaul rata dan masak hingga pekat.
  • Tambah garam secukup rasa dan secubit gula.Tambah daun kunyit yang dimayang halus, gaul rata. Rasa dan jika menepati selera boleh matikan api.Hidangkan bersama nasi hangat.

5 ulasan:

  1. aduiiiyaiii tengok udang dan petai tu dan dan lapooo ni Su hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Noor kena masak juga macam ni,,best tau...

      Padam
  2. memang terleleh air liur tengok sambal udang tu kak su..adeh, sedapnyaaaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jamu selera dengan mata la ye..nak antar jauh..

      Padam
  3. Mohon share nak masak petang ni untuk berbuka

    BalasPadam