Selasa, 18 Mac 2014

ACAR JANTUNG PISANG


As-Salam buat semua...
Dalam dua tiga hari ini En. Google jadi lembab pula.Sampaikan saya nak sign in untuk follow blog pun tak boleh.Asyik dok cakap ,we're unable to handle your reques,please try a bit later.Entah kenapa!.Untuk Izzan Yong Rosdin yang dah follow blog saya,tapi saya belum boleh lagi follow blog anda,maaf ku pinta,bukan tak sudi berkawan.Tungguuuu....
Untuk hari ini saya postkan satu resepi makan tengahari iaitu Acar Jantung Pisang.Sedap juga makan dengan Ikan goreng dan Nasi putih.

ACAR JANTUNG PISANG
Sumber:Amie's Little Kitchen.Thanks Amie.
             Majalah Rasa edisi mei 2012


Bahan-bahan

1 biji jantung pisang

200 ml santan pekat

1 labu bawang besar - belah 4

2 sudu besar cuka

garam dan gula secukup rasa

minyak masak secukupnya



Bahan kisar

10 biji cili kering

6 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

50 gram udang kering



Cara membuatnya

  • Jantung pisang dibelah empat(saya potong dua lagi) dan kemudian dicelur hingga lembut.
  • Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis semua bahan kisar sehingga wangi.
  • Masukkan santan dan biarkan mendidih dan kemudian masukkan garam, gula dan cuka.
  • Masukkan jantung pisang dan bawang besar.
  • Masak sehingga pekat dan angkat.

6 ulasan:

  1. salam kak su..

    wah, sedapnya acar jantung pisang..terliur dah ni tengok..huhu..

    BalasPadam
  2. Salam.Lama tak mkn jantung pisang..sedapnya buat rebus cicah sambal belacan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat kelantan ni selalunya rebus/celur cicah dengan budu! best jugak.

      Padam
  3. sedapnya acar jantung pisang macam tingin akak nk buat lah Su, tapi tkde jantung lah pulak, nak kena cari kat tamu ni kalau kat brunei ni mmg banyak jual jantung pisang,..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah kak noor,saya pun beli juga jantung pisang tu,susah nak dapat yang segar dari pokok.

      Padam