style="text-align: center"

Ahad, 2 Mac 2014

APAM COKLAT

As-Salam buat semua...
Hari ini saya bercuti dan semalam saya telah siapkan sebanyak 100 biji Apam coklat ini untuk Azim jual di pasaria sekolahnya esok untuk mengutip dana bagi tabung PIBG.Saya buat lebih sikit untuk makan-makan di rumah.Kebetulan semalam budak berdua tu tak sekolah,tak sampai petang semuanya dah licin.Apam ini rasanya macam kek coklat kukus,padat dan moist...

APAM COKLAT
Resepi:Alma@My Resepi.Thanks.

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula         
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 atau 2 sudu besar serbuk koko

**saya telah mengandakan adunan ini dan mengurangkan sukatan gula dan susu ke 3/4 cawan dan menambahkan 1/2 sudu teh serbuk nescafe ke dalam adunan serta secubit garam.

Cara membuatnya
  • Panaskan pengukus yang berisi air hingga mendidih.
  • Campurkan semua bahan-bahan ke dalam blender/mixer dan kisar hingga sebati.
  • Masukkan ke dalam acuan kuih lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit dengan api sederhana.
  • Bila masak,sejukkan sebentar baru di keluarkan dari acuan.
  • Hiaskan dengan taburan berwarna-warni.

5 ulasan:

  1. salam Su sama lah kita hari ni coklat2 akak buat kek Su buat apam, kalau dekat boleh tukar2 nak rasa jugak apam cekelat tu

    BalasPadam
  2. boleh lah kak noor,tukar-tukar tengok gambar je la.rasa terhibur juga mata ni..

    BalasPadam
  3. sy dah try buat, tp xgebus, mcm bantat je. nape ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. menggunakan resepi di atas tak pernah lagi saya buat ia jadi bantat.cuba la lagi .practise make perfect.

      Padam
  4. tepung ni nak kena ayak dlu tak?

    BalasPadam