Jumaat, 21 Mac 2014

CUCUR PISANG NESTUM


As-Salam buat semua...
Buat cucur pisang/Jemput-jemput pisang time petang-petang ni laku juga.Cepat saja anak-anak berdua tu makan.Tambahan pula makan masa panas-panas lagi,rangup sahaja.Saya tambahkan nestum dalam adunan cucur ni untuk menambah kerangupan dan memberi sedikit kelainan.

CUCUR PISANG NESTUM
sumber:Zalinah@rempah-ratus.thanks

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 cawan nestum
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 cawan pisang-di lenyek
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
air/ secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
  • Satukan tepung gandum,soda bikarbonat dan nestum serta pisang lenyek garam dan gula.Kacau rata.
  • Masukkan air sedikit-demi sedikit dan kacau hingga adunan lembut.
  • Biarkan dalam 10 minit.Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.
  • Buat sampai habis.Toskan minyaknya di atas kitchen paper 
  • Sedia untuk di hidangkan

4 ulasan:

  1. boleh try ni Su sbb ada nestum nak jugak tau cemana rasa nya thanks ya nanti kena skodeng pisang dulu hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. try la kak noor ,sedap juga cucur ni.ralit makan.

      Padam
  2. salam kak su, nampak sangat menarik pula cucur tu dengan tambahan nestum kan..insyaallah nak try nanti.

    BalasPadam