Resepi ringkas sahaja hari ini,lauk untuk hidangan tengahari semalam iaitu Daging goreng kunyit,lauk kesukaan Mr. Azim,sampai dua pinggan menambah nasi.Daging yang di gunakan bercampur dengan sedikit lemak,nampak juicy saja...makan panas-panas dengan nasi putih,laju saja suapannya.
DAGNG GORENG KUNYIT
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
1/2 kg daging-potong nipis
1/2 labu bawang besar
5 tangkai kacang panjang-potong 1 inci
daun bawang- potong 1 inci
1 biji lada merah-potong serong
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar kicap manis
serbuk kunyit
garam secukupnya
minyak canola
Cara membuatnya
- Daging di bersihkan dan di potong nipis.
- Gaulkan dengan serbuk kunyit,garam,serbuk cili,serbuk lada hitam dan perap selama 15 minit
- Masukkan daging tadi ke dalam kuali dan tambah sedikit air,biar daging mereneh dengan api sederhana.
- Bila daging masak dan airnya kering sedikit,masukkan minyak canola dan kacang panjang ,goreng daging sebentar.
- Tambahkan lada merah,bawang besar dan daun bawang serta kicap manis.Gaul rata.
- Goreng sebentar lagi dan bolehlah di angkat.
Salam Sue, thanks dah singgah di dapur saya. Daging goreng kunyit yg Sue buat tu memang my favorite lauk, nampak sedapp! Nati saya follow balik yaa, internet tengah lembab ni huhu.
BalasPadamThanks Julia,,semoga silaturrahim berpanjangan.
Padam