Khamis, 3 April 2014

BANGKOK KAYA KEK

 As-Salam buat semua...
Saya pernah membuat kek ini beberapa kali dulu sebelum ada blog sendiri lagi.Mungkin dalam 7 atau 8 tahun lepas.Kali ini saya cuba semula membuatnya kerana kek ini yang sentiasa menjadi kesukaan saya,kerana ada aroma nescafe dan sentiasa kekal di ingatan.
Ia mempunyai 3 lapisan di mana lapisan bawah sekali adalah kek sponge,lapisan tengah di panggil lapisan kaya dan di atas sekali adalah lapisan agar-agar.Dari mana ia mendapat nama unik ni pun saya tak tau, pandai makan je!.ia sedap di makan sejuk-sejuk macam puding juga..
BANGKOK KAYA KEK
Sumber:Cooking class

Bahan untuk Sponge mix(lapisan bawah)
2 biji telur
125 gm sponge mix
25 gm air
25 gm mentega cair

Cara membuatnya
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali mentega cair dan pukul hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan mentega cair dan gaul rata.Tuangkan ke dalam loyang 10 x10 dan bakar pada suhu 180'c selama 15-25 minit.
Bahan untuk lapisan agar-agar
1 paket serbuk agar-agar(10 gm)
180 gm gula pasir
1000 ml air
1 sudu kecil serbuk Nescafe
1 tin buah-buahan koktel-sejatkan airnya
sedikit coffee oil/coffee paste /coklat emulco

Cara membuatnya
  • Agar-agar di masak dengan gula dan air hingga mendidih.
  • Masukkan Nescafe dan Coffee paste/Coklat emulco.
  • Tuang ke dalam loyang 10 x10.
  • Masukkan buah-buahan koktel dan biarkan sejuk seketika sebelum di bekukan di dalam peti sejuk.

Bahan untuk lapisan kaya(lapisan tengah)
1 paket serbuk agar-agar (10 gm)
1/2 sudu kecil garam
60 gm tepung jagung
180 gm gula pasir
800 gm santan
150 gm susu cair
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya
  • Masak agar-agar dengan gula,garam dan santan hingga mendidih sambil di kacau.
  • Bancuh tepung jagung dengan susu cair dan masukkan ke dalam agar-agar.Kacau sebati sampai berkilat.Tambahkan esen vanila.
  • Tuang adunan kaya ke atas agar-agar(gores permukaan agar-agar dengan garfu).Sejukkan sekejap dan letakkan kek sponge.Tekan sedikit.
  • Simpan di dalam peti sejuk selama 8 jam,baru di keluarkan dari acuan.Bila di telangkupkan lapisan kek akan terletak di bawah sekali.
*Biasanya lapisan kek akan mengecut sedikit bila sudah sejuk.Ini menjadikan lapisan kek tidak sama besar dengan lapisan kaya dan agr-agar dengan ukuran loyang yang sama saiz.
*Semasa menghidang potong/trim tepi lapisan kaya dan agar-agar supaya lapisannya sama rata dengan kek sponge.


2 ulasan:

  1. salam kak su..

    cantiknya kek..memang menarik dengan 3 lapisan tu..mesti sedap ni kan..

    BalasPadam