Sabtu, 5 April 2014

PUDING PERMATA

As-Salam buat semua..
Puding ini sedap di makan sejuk-sejuk dan resepinya mudah dan ringkas sahaja.Pada mulanya saya ingin buat dalam acuan kecil-kecil supaya senang makan,tapi tiba-tiba saja  malas melanda terus saja buat dalam loyang besar dan di potong bentuk kiub.Permatanya boleh saja di buat macam-macam kaler kalau nak nampak kelainan.Sedap je puding ni makan dalam cuaca panas begini....

PUDING PERMATA
Resepi:Rossitamz@My Resepi.Thanks.

Bahan-bahan ( Loyang 7in x 7in )


 Bahan untuk agar-agar 
  • 300ml air
  • 200ml susu cair / susu segar
  • 125gm gula pasir
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar
  Bahan untuk kastard 
  • 500 ml air
  • 400 ml susu cair / susu segar
  • 250 gm gula pasir
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard - dibancuh dengan 3 sudu besar air

Cara membuatnya
Untuk agar-agar :
  • Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih.Masukkan serbuk koko dan kacau rata.Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
  • Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan.Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu.Ketepikan. 
Untuk kastad : 
  • Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat. 
  • Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan