Ahad, 6 April 2014

ROTI CHEEDAR

As-Salam buat semua....
Bila angin rajin datang maka dengan bertenaganya ..he..hee,saya berjaya menguli roti ini dengan tangan sampai naik lenguh(hard work sangat la!).Tapi tak apa ,walaupun prosesnya memakan sedikit masa tapi berbaloi untuk mendapatkan roti yang gebu ini.Dah lama sebenarnya saya tak buat roti sendiri sebab malas nak menguli roti,tetapi selepas jumpa resepi di blog Kak Yah nampak macam mudah saja,saya terus cuba membuatnya.My bodyguard makan cicah dengan Nescafe beng.Azim makan cicah dengan ais krim..

ROTI CHEEDAR
Sumber:dapurkakyah.blogspot.com/Thanks.

Bahan-bahan
500 gm tepung gandum
1 paket yis (11gm)
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat
250 gm air suam
2 sudu besar shortening
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar susu tepung
1/2 cawan gula pasir halus
1 sud teh baking powder
1 sudu teh bread improver
1 sudu besar water roux

Cara membuat water roux
50 gm tepung gandum
250 ml air
masak di atas api perlahan sehingga pekat dan sejukkan sebelum di gunakan.

sapuan
kuning telur-pukul dahulu

bahan tabur
parutan keju cheedar
bijan 

Cara membuatnya
  • Masukkan telur(pukul dahulu dengan garfu) ke dalam bekas sukatan.
  • Masukan susu pekat dan air suam biar sukatan menjadi 250 ml.
  • Kacau dan masukkan yis.Biarkan ia kembang seketika.
  • Dalam bekas lain,masukkan tepung,gula,susu tepung,garam,baking powder,bread improver,shortening dan water roux.
  • Gaul rata dan buat lubang di tengah-tengah.
  • Campuran yis yang sudah berbuih,masukkan esen vanila dan tuang ke dalam lubang yang di bentuk tadi.
  • Mula menguli secara memusing dari tengah dan bila semuanya sudah bercampur,mulakan menguli dan membentuk doh yang kasar.
  • Pastikan adunan tidak lembik dan tidak melekat di tangan,kalau lembik masukkan sedikit tepung.
  • Masukan dalam beg plastik dan mula menekan dan memicit adunan roti.Lakukan selama 5 minit.
  • Keluarkan dari plastik dan uli lagi selama 1 minit dan bulatkan.Letakkan ke dalam mangkuk besar.
  • Tutup dengan plastik pembalut makanan .
*Untuk mencepatkan proses pengembangan,saya ikut cara Kak Yah iaitu,
Panaskan ketuhar dengan suhu 180'c selama 25 minit dan letak bekas bertutup tadi DI ATAS ketuhar dan di alas dengan redai besi (jangan masuk dalam ketuhar nanti MASAK).Bila masa oven tamat(25 minit) biarkan lagi adunan roti di atas ketuhar selama 10 - 15 minit kerana ketuhar masih panas dan mengeluarkan haba.

  • Apabila doh sudah naik dua kali ganda,tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan bulatkan semula.Tutup doh semula dan biarkan ia naik sekali lagi selama 10 minit dan tumbuk semula.
  • Bulatkan adunan roti seberat 60 gm.
  • Masukkan ke dalam loyang/bekas yang telah di alas dengan baking sheet dan biarkan ia mengembang semula(letak dalam oven yang masih suam-suam)dalam keadaan off.
  • Akhir sekali sapu dengan telur kuning dan tabur parutan keju cheedar dan bijan.
  • Bakar selama 20 minit dengan suhu 160 'c atau sehingga masak.
  • Separuh masa membakar,kalau tak mahu keju hangus tutup dengan alumium foil(saya tak tutup).
  • Bila sudah masak,sejukkan dan simpan di dalam bekas bertutup untuk mengekalkan kelembapan roti.

2 ulasan:

  1. mungkin kak su patut mencuba buka kedai kek dan pastri selepas ini..

    BalasPadam
  2. masa mano nak buka kedai kek,asyik kerja siang -malam kat hospital tu,ramai peminat sangat !

    BalasPadam