style="text-align: center"

Selasa, 8 April 2014

SIRAP LEMON SODA

As-Salam buat semua...
Musim panas ni nak tayang air sirap pula,minum segelas pun tak hilang dahaga sebab tu sekali buat satu jag!.tapi bukanlah saya sorang yang minum,tentulah untuk satu keluarga.Azim pula tak mahu minum katanya,kenapa mama letak biji-biji macam telur katak tu,gelilah nak minum...tapi akhirnya dia minum juga lepas biji-biji tu jatuh ke dasar gelas.Jom tengok resepi air yang menghilangkan dahaga ini.

SIRAP LEMON SODA
Resepi:Majalah Saji Mac 2014.

Bahan-bahan
200 ml air aiskrim soda
1 sudu besar sirap ros
1 sudu kecil biji selasih
1 sudu kecil jus lemon
ketulan ais

Cara membuatnya
  • Tuangkan air aiskrim soda ke dalam gelas.
  • Masukkan sirap ros,biji selasih dan jus lemon.
  • Akhir sekali masukkan ketulan ais.Sedia untuk di hidangkan.

4 ulasan:

  1. salam sue..mekaceh follow blog akak..ni mai sini nk kenen soda lemon nun..daapnyer!!

    BalasPadam
  2. oops lupa nk tnya sue keje kt hospital mana ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,KAMPUS KESIHATAN ,KELANTAN.Haa bagi alamat penuh lagi!. Puan Doc pula?..

      Padam
  3. akak nak tanye..kalau guna air soda ni gas die boleh tahan lama tak..dalam 2 hari

    BalasPadam