Isnin, 16 Jun 2014

KUIH LOMPANG


 As-Salam buat semua..
Biasanya kalau makan Kuih lompang yang di beli ianya agak keras sedikit tapi bila saya cuba membuatnya sendiri mengikut resepi dari Kak Azie,kuih ini lembut dan bertekstur agak lembik bila di angkat dari pengukus dan sedap di makan pula....lembut sahaja.Sesuai untuk di buat hidangan waktu pagi atau pada waktu petang.Boleh juga di buat dalam warna yang berlainan.Makan pula dengan kelapa parut lagi best..

KUIH LOMPANG
Sumber:Azie Kitchen.Thanks.

Bahan A
2 cawan air
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan

Bahan B
2 cawan tepung beras
1 sudu teh kapur makan
2 cawan air
sedikit pes pandan
pewarna hijau     saya tambah

Bahan C
100 gm kelapa parut-campur sedikit garam dan kukus

Cara membuatnya
  • Masak dahulu bahan A hingga gula larut.Biarkan sejuk.
  • Sementara itu panaskan air dalam periuk pengukus.
  • Satukan dan kacau bahan B di dalam mangkuk.Kemudian tuang bahan A ke dalam mangkuk tadi.Kacau hingga sebati.
  • Tapis dan bahagikan kepada beberapa bahagian untuk di warnakan.
  • Sedia untuk di masukkan ke dalam manguk kecil kuih lompang yang telah di lumur minyak.
  • Isi penuh hingga bibir mangkuk kuih.Kukus selama 20 minit.
  • Tuang dalam acuan  hanya sebelum di kukus untuk mengelak dari adunan mendap.
  • Sebelum di angkat,buka tutup pengukus dan kukus tanpa penutup selama beberapa minit untuk mengeringkan air di permukaan kuih.
  • Hidangkan bersama kelapa parut (saya mengaulkan kelapa parut dengan sedikit garam dan gula).

4 ulasan:

  1. Assalam
    Suka lompang ni yg lembut kenyal2 gitu
    Dgn kelapanya sedapp wat mkn ptg

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap..lembut dan cair dalam mulut..he..hee

      Padam
  2. alahai, comelnya kuih lompang tu kak su..sedap tu..

    BalasPadam