style="text-align: center"

Ahad, 15 Jun 2014

BEE HIVES BUN/ROTI SARANG LEBAH

As-Salam buat semua...
Dah lama tak bersiaran,banyak sangat agenda cuti sekolah ni,kenduri sana-sini dan jalan sana-sini telah menyebabkan saya mengambil cuti panjang yang melebihi dari had yang sepatutnya.Lepas ni kena kerja berterusan la pula.Bee hives bun atau Roti sarang lebah dah lama orang buat cuma saya saja yang baru mencubanya.Kesedapan roti ini adalah pada Sos butterscotchnya.Ia biasanyadi buat dalam saiz yang kecil-kecil, saya pula membuatnya dalam saiz besar yang sedikit.

BEE HIVES BUN
Sumber:Lydia honey/FB.thanks

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh yis
1/4 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh baking powder 
1 sudu besar gula halus
1/4cawan plain yogurt-suhu bilik
1/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan air suam

sapuan-1 biji kuning telur
taburan-kepingan badam ,kuaci ,bijan

Cara membuatnya
  • Satukan semua bahan-bahan kecuali air ke dalam mangkuk pengadun.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga elastik.
  • Perap sehingga kembang dua kali ganda dari saiz asal.
  • Tumbuk dan buang anginnya.Bentukkan menjadi bebola kecil dan aturkan ke dalam loyang yang sesuai.
  • Tunggu sehingga doh kembang dua kali ganda dari saiz asalnya.
  • Sapukan dengan kuning telur dan taburkan dengan kepingan badam,kuaci dan bijan.
  • Bakar sehinga masak

Butterscotch sos
Bahan-bahan
1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan whipping cream
secubit garam
1/2 sudu teh esen vanila
25 gm mentega

Cara membuatnya
  • Cairkan mentega,masukkan gula perang dan kacau sehingga gula larut dan berbuih.
  • Masukkan whipping cream dan kacau perlahan-lahan.
  • Akhir sekali masukkan esen vanila.Padamkan api dan kacau hingga rata.
  • Sos nampak cair tetapi apabila ia sejuk ianya menjadi pekat.
  • Tuangkan ke atas permukaan roti.Sedia untuk di makan.

2 ulasan: