style="text-align: center"

Rabu, 4 Jun 2014

TELUR HANCUR NESTUM BERSAMA TORTILLA

 As-Salam buat semua...
Satu lagi resepi dari Nestle yang telah di cuba rasa oleh saya.Seperti kebiasaannya resepi dari Nestle adalah ringkas dan berkhasiat serta kurang lemak.Saya membuatnya untuk di bawa bekal ke tempat kerja.Let's try masak...

Bahan-bahan
1 cawan Nestum Original
3 biji telur
50 ml susu
garam
mentega
1 labu bawang besar
1 biji tomato
3 cendawan butang
daun ketumbar-hiris    saya tambah
1 sudu teh serbuk lada hitam   saya tambah
3 keping Tortilla

Cara membuatnya
  • Potong tomato,bawang dan cendawan dalam bentuk dadu.
  • Campurkan telur,susu ,serbuk lada hitam,daun ketumbar,garam dan nestum.Pukul sebati.Ketepikan.
  • Panaskan non-stick pan dengan mentega,masukkan tomato,bawang dan cendawan di dalam pan dan masukkan campuran telur dan kacau rata.
  • Isi Tortilla dan gulung dengan kemas.
  • Sedia untuk di hidangkan.

3 ulasan: