Saya membeli Udang galah ni di pasar borong RTC di komplek hasil tani FAMA ,di kenali juga sebagai pasar TEMAN.Disitu berbagai jenis barangan dapur,sayuran bahan-bahan basah dan barang keperluan lain di jual dengan harga yang agak murah.Biasanya sayur dan kuih-muih di Kota Bharu ni,boleh di beli dengan harga serendah RM 1 sahaja.Udang galah ni pula masih dalam keadaan segar dan ada juga yang bertelur.
UDANG GORENG WANGI BEREMPAH
Resepi:Jorhan Abdul Malik/Majalah Rasa Mac 2014
Bahan-bahan
10 ekor udang galah
1/2 biji bawang merah/besar- di potong bulat
2 cm halia-di mayang
5 helai daun kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara memasak
- Bersihkan udang,tos dan keringkan airnya.Kemudian masukkan serbuk kunyit,serbuk cili,serbuk kari,serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis.
- Setelah itu masukkan garam secukup rasa
- Gaul sebati udang dan perap seketika.
- Panaskan minyak,tumis halia mayamg sehingga naik baunya dan masukkan udang dan daun kari
- Akhir sekali,masukkan bawang merah dan biarkan sehingga layu.Sedia untuk di hidangkan.
sedap ni kak su makan udang..
BalasPadamudang tentunya sedap walau di goreng begitu sahaja pun..
Padamsedapnya udang galah. favourite wife udang.
BalasPadam