Ahad, 27 Julai 2014

KEK KAROT NANA

As-Salam buat semua.....
Pertama sekali saya ingin megucapkan selamat menyambut 1 Syawal esok buat semua teman-teman blogger.Terimakasih di ucapkan di atas segala perkongsian resepi di sini yang memberi banyak manfaat untuk semua.
Resepi hari ini ialah Kek karot Nana dari blog Kak Azie.Sudah beberapa kali saya cuba buat Kek karot tetapi biasanya tidak menjadi seperti yang di harapkan.Ok.. sekarang dah jumpa resepi yang melekat di hati dan akan sentiasa gunakan resepi ini untuk buat Kek karot lagi.Tekstur kek lembap dan gebu sungguh enak bila di gabungkan dengan cream cheese.

KEK KAROT NANA
Resepi:aziejaya.blogspot.com/.Thanks

Bahan-bahan
1 1/4 cawan minyak jagung
4 biji telur
120 gm gula kastor    saya letak 90 gm
120 gm gula perang   saya letak 90 gm
100 gm walnut
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 cawan karot parut
1 cawan kismis

Cream cheese
120 gm gula 
250 gm cream cheese
120 gm unsalted butter
*semua bahan di campur dan di pukul sampai kembang

Cara membuatnya
  • Pukul telur dan gula hingga kembang.Masukkan minyak,kacau rata.
  • Ayak tepung gandum dan baking soda bersama.Masukkan ke dalam adunan dan juga serbuk kayu manis dan garam.
  • masukan karot, walnut dan kismisT.tuangkan adunan ke dalam acuan kek yang telah di griskan dan di lapik .
  • Bakar selama 45 minit pada suhu 180'c.
  • Bila masak,sejukkan dahulu sebelum di sapu/paipkan dengan topping cream cheese.Saya juga taburkan keju parut di atasnya dan sedikit coklat urai sebagai hiasan.



3 ulasan:

  1. Sedap lah nmpk kek yg dah dipotong tu. Salam dari Masjidil Haram.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya buat kak Azie sekeluarga.bestnya dapat raya kat Masjidil Haram.

      Padam
  2. Salam aidilfitri Kak su..menggodanya carot kek tu..nyum2

    BalasPadam