As-Salam buat semua....
Makan paratha pulak.....Dah ada stok paratha dalam frezeer buat sajalah.Jumpa resepi kat blog Gee-Hut nampak ringkas sahaja.Best la paratha ni Gee,cicah pulak dengan Kuah tumis ikan sardin,dengan gulai ayam pun sodap!..macam biasalah tokok tambah sikit ikut selera.Let's try masak...
PARATHA ROLL
Sumber:gee-hut.blogspot.com/.thanks.
Bahan-bahan
5 keping roti paratha frozen
5 biji telur-pukul sedikit
sedikit daun bawang-hiris halus
1/2 biji bawang besar
2-3 biji cili padi-hiris
garam secukup rasa
sedikit minyak/marjerin-untuk menggoreng
Cara membuatnya
- Panaskan non-stick pan dan letakkan sedikit minyak/marjerin dan goreng paratha hingga sedikit garing pada kedua-dua belah.
- Buat hingga siap dan ketepikan.
- Dalam mangkuk lain,campurkan telur bersama bawang,daun bawang,cili dan garam.Kacau rata.
- Gunakan pan yang sama,letak sedikit minyak/marjerin dan tuangkan 3 sudu besar adunan telur(saya letak sebiji telur untuk sekeping paratha) ,biar adunan telur membulat dan dan tekapkan segera paratha yang telah di goreng tadi.
- Masak lebih kurang 2-3 minit dan bila adunan telur telah melekat pada paratha,angkat ke dalam pinggan leper.Buat hingga habis.
- Gulungkan terus ketika paratha masih panas.Potong selebar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan.hidangkan bersama kuah kegemaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan