Semalam menu untuk berbuka, Azim request nak makan Nasi goreng.Saya buatkan Nasi goreng untuk semua orang kecuali di pinggan Azim tak ada udang sebab dia tak makan.Simple sahaja tak payah masak juadah penuh meja.Tak banyak mengemas dan membasuh selepas berbuka..menu orang malas lagi....
NASI GORENG UDANG
Resepi:Serina Redzuawan/Simply Delicious
Majalah Rasa/Mac 2014.thanks
Bahan-bahan(1 orang)
1 1/2 cawan nasi putih
5 ekor udang saiz besar
50 gm sayur campur saya ganti dengan kubis
1 biji telur
1 ulas bawang putih-cincang
2 biji bawang merah-cincang
1 sudu makan cili kisar
kicap secukupnya
garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk lada hitam saya tambah
minyak untuk menumis
Cara memasak
- Panaskan minyak dan tumis bawang cincang dan cili kisar hingga garing.
- Kemudian masukkan udang dan biarkan seketika.
- Setelah itu pecahkan telur dan masukkan sayuran.Kacau rata.Seterusnya masukkan kicap dan perasakan secukupnya.
- Akhir sekali,masukkan nasi dan serbuk lada hitam,kaup-balikkan sehingga sebati.
- Sedia untuk di hidangkan.
Saya pun masak seadanya untuk berbuka puasa, meja tak penuh, nak kemas pun senang.
BalasPadamye la Amie,penat masak,makan sikit saja sebab tu saya masak ringkas sahaja.tiada hidangan pun dia atas meja hanya 5 pinggan nasi goreng.
Padamsedapnya....
BalasPadamterliur ye,cuba try test...
Padam