Rabu, 23 Julai 2014

TART NENAS GULUNG

 As-Salam buat semua...
Biskut yang wajib ada di rumah ini pada hari raya ialah Tart nenas tak kira apa pun bentuknya.Tahun ini saya cuba buat Tart nenas gulung pula.Dua kali saya buat,resepi pertama ia agak keras hingga jari-jari saya kebas selama satu hari menekan acuannya.Ok.. ini pula saya cuba resepi yang kedua..practise make perfect.Bolehlah memuaskan hati sendiri yang tak pernah buat Tart nenas gulung sebelum ini.

TART NENAS GULUNG
Resepi:resipi.net:Baya.thanks.

Bahan-bahan
1 cawan mentega/226 gm pada suhu bilik
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
20 gm gula kastor
40 gm tepung jagung
50 g tepung kastard
20 gm susu tepung
240 gm tepung gandum

Hiasan
1 biji kuning telur campur dengan pewarna kuning untuk sapuan
jem nenas secukupnya-bulat-bulatkan(saya guna yang ready-made

Cara membuatnya
  • Sebatikan telur,gula dan esen vanila.
  • Masukkan tepung gandum,tepung jagung,tepung kastard dan susu tepung.Gaul sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam acuan tart gulung dan tekan keluar,letak jem nenas dan gulung.
  • Sapu dengan kuning telur di atas tart nenas(saya tidak campurkan dengan warna kuning)
  • Bakar dengan suhu 170'c selama 15-20 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
**jika adunan ini melekit di tangan boleh ditambah sedikit tepung.

2 ulasan:

  1. tart nenas memang tak dpt ditinggalkan di musim perayaan ni macam wajib lah pulak kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la kak noor.ia macam lagu raya lama..sentiasa di ingati dan sedap pula.

      Padam