KEK GULA HANGUS
As-Salam buat semua...
Dengan gumbiranya saya telah berjaya membuat kek ini pada cubaan kali ke-enam.Dulu pernah sekali saya membuatnya..sekali tu sahajalah ia berjaya,lepas tu tak jadi-jadi.Oleh kerana ia adalah kek kesukaan saya dan my bodyguard sejak dulu lagi,maka tak jemu-jemu saya mencubanya(dia makan juga walaupun kek saya tak ada sarang!)Saya tak pernah salahkan resepi kalau setiap cubaan tidak berjaya kerana resepinya menggunakan bahan yang sama sahaja cuma sukatan yang berbeza.Rupa-rupanya selama ini saya tersalah teknik membuatnya..kan dah kata!.
Kebanyakkan resepi ditulis....pukul telur sampai kembang,pukul punya pukul kek menjadi jugak,gebu jugak tapi tak dapat tekstur kenyal dan berlubang-lubang.
......hingga akhirnya dalam blog Azlita di tulis... Telur jangan di pukul... kacau hingga cair sahaja..haa ini dia key wordsnya.Langkah demi langkah seperti dalam blog Ita saya ikuti betul-betul,barulah kejadiannya seperti dalam gambar.Terimakasih Ita!.Biasanya saya membuat kek dengan 'ganas' sahaja tapi kali ini penuh dengan kesopanan..he...hee.Walaupun tak cantik seperti orang lain ia cukup memuaskan hati saya..Alhamdulillah.Resepinya dari bonda Kak Nor Secubit Garam..ia lembut,kenyal dan manisnya elok sahaja.Let's try baking.Saya ikut cara Azlita.
KEK GULA HANGUS
Rujukan :www.azlitamasammanis.com Thanks.
Bahan-bahan
1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125 gm butter
4 biji telur gred A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya
- Mula-mula kita cairkan gula dahulu dalam kuali leper untuk membuat gula hangus.
- Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan.Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul.Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
- Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas.Jika guna air panas ia kurang merecik berbanding air sejuk.
- Bila dah cair, sejukkan sehingga mencapai suhu bilik.
- Dalam bekas periuk kecil yang lain,cairkan mentega kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik.
- Bila mentega da gula hangus dah sejuk,barulah di sediakan bahan yang lain.
...............................*********************..........................
- Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata,jangan pukul ,cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata.
- Kemudian masukkan susu pekat.Susu juga di biarkan pada suhu bilik(bukan sejuk dari peti ais).
- Kemudian kacau rata dengan perlahan sahaja.Bila dah rata,masukkan mentega cair dan kacau perlahan juga.
- Tambahkan esen vanila.Kemudian ayakkan tepung dan soda.Kacau rata perlahan juga.
- Akhir sekali,tuangkan gula hangus dan kacau rata.
- Tuangkan ke dalam loyang 7x7 inci yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter.
- Kemudian perap adunan ni selama 3-4 jam.Lagi lama di perap lagi cantik lubang-lubangnya.Saya seperti Azlita perap selama 5 jam.
- Bila dah 5 jam di perap barulah di masukkan ke dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170'c dengan hanya api bawah sahaja di buka.
- bakar selama 45 minit.5 minit terakhir buka api atas dan bawah.
- 45 minit tu kek memang dah masak,kalau tak masak lagi panaskan semula.
- Bila kek dah masak,keluarkan dari oven dan letakkan di atas redai.
- Tunggu kek sejuk sebelum di potong.
Yeah..tahniah akhirnya akak braya buat kek ni..^_^
BalasPadamthanks,Wana gagi sokongan
Padamalhamdulillah.....
BalasPadamKannn.... bila kita dah tahu.. akhirnya menjadi jugak kan..^_^
seronok bila lihat keknya menjadi..
rasa nak buat lagi.. dan lagi...
thanks Ita,tu lah saya sentiasa rujuk pada resepi Ita,tidak mengecewakan!
Padam