style="text-align: center"

Khamis, 25 September 2014

KUIH KELADI

 As-Salam buat semua..
Ada sebekas ubi keladi dalam freezer yang telah saya siap-siap potong dan rebus tetapi tak tau nak buat apa.Bila cari resepi, terjumpa pula dengan resepi kuih keladi ni tetapi ia tidak menggunakan keladi rebus,tapi nak cuba buat juga.Satu lagi,saya tak makan udang kering yang di beli di sini,kalau udang kering dari Sabah yang fresh tu saya makan pula.Mana nak cari udang kering dari Sabah,stok pun dah habis,so saya tukar dengan serunding daging sahaja.Jadi lah juga kuih keladi ni ikut citarasa saya.
Ia juga di kenali sebagai Yam cake dan O-kuih dan ia adalah kuih orang Hokkien.Kalau ikut selera orang melayu,ia perlu di perisakan dengan baik kerana rasa keladi agak tawar.Sedap di makan dengan sos cili.Saya pula...letak bahan taburan banyak-banyak di atasnya,barulah best....
KUIH KELADI
Resepi:skybluemelleymey.blogspot /My resepi.thanks,Diana

Loyang 9 inc .

Bahan-bahan untuk bancuhan

 

170g tepung beras
40g tepung ubi (tapioca)
500 ml air
1 sudu kecil garam
1/2 sk serbuk lada putih
1/4 sudu kecil serbuk 5-spices (boleh lebih sikit jika suka)
1/2 sudu kecil serbuk stok ayam

Bahan-bahan lain


300 gm Keladi- dibuang kulit dan dipotong dadu
50 gm udang kering- direndam dalam air dan toskan
5 biji bawang kecil- dimayang
2 sudu besar minyak masak
1 biji cili merah (optional)
Daun sup / ketumbar (optional)

Cara-cara


  • Masukkan semua bahan-bahan untuk bancuhan ke dalam mangkuk besar.Kacau sehingga rata dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, goreng keladi sehingga permukaan menjadi keras.Keluarkan dan diketepikan.
  • Masukkan bawang kecil ke dalam kuali yang sama, jika perlu, tambah sedikit minyak.Goreng bawang kecil sehingga garing.
  • Keluarkan bawang bersama separuh minyak dan tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. Bawang tadi di letak dalam mangkuk kecil berasingan.
  • Masukkan udang kering ke dalam kuali, goreng sehingga perang. Masukkan bancuhan tepung sambil di kacau.
  • Masukkan keladi tadi ke dalam kuali, kacau sehingga rata dan bancuhan tadi menjadi pekat.
  • Keluarkan adunan pekat dari kuali dan masukkan ke dalam acuan dan rata-ratakan permukaan.Kukus selama 30-40 min.
  • Biar sejuk sedikit sebelum dihidangkan dengan cili, bawang dan daun sup.
Nota
Saya menggoreng 1 labu bawang besar untuk di tabur di atas kuih  keladi kemudian letakkan serunding daging,bawang goreng readymade dan hirisan daun ketumbar serta cili merah
Kemudian di makan pula dengan sos cili dan mayonis. 

2 ulasan:

  1. fuh, nampak best la pula kuih keladi tu..

    jauhnya stok udang kering kak su..dari sabah..^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la,udang kering sabah kan fresh...kak su suka

      Padam