style="text-align: center"

Sabtu, 8 November 2014

NASI GORENG CINA

As-Salam buat semua..
Jom sarapan pagi dengan Nasi goreng cina yang ringkas ni.Tak perlu letak macam-macam bahan pun dah sedap dimakan.

NASI GORENG CINA  

Sumber:Wikibooks

 

Bahan-bahan 

nasi putih
Bawang besar
Bawang putih
Lada hitam
Lada sulah
Serbuk ayam
Ayam (tambahan sahaja)
Sayur campur
Minyak bijan
Minyak masak
Telur


 

Cara membuatnya

  • Masukkan minyak dengan kuantiti yang sedikit dan panaskannya, lalu masukkan bawang putih dan bawang besar.
  • Kemudian masukkan telur dan kacau sehingga hancur.
  • Selepas itu masukkan nasi dan sayur campur dan kacau supaya telur yang dihancurkan sebati dengan nasi dan juga sayur campur. Anda juga boleh menambah daging ayam yang dipotong kecil.
  • Selepas itu masukkan lada sulah, lada hitam, dan serbuk ayam, lalu gaulkan sampai naik bau.
  • Akhir sekali titikkan sedikit minyak bijan dan siap dihidang.

2 ulasan:

  1. Kalau dah namanya nasi goreng cina memang sedap tu... kalau saya buat, anak-anak suka sangat hidu minyak bijannya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya minyak bijanlah yang menyedapkan nasi goreng yang sinmple ini.

      Padam