style="text-align: center"

Selasa, 18 November 2014

TART TELUR

 As-Salam buat semua...
Semalam buat Tart telur pula,nak makan saja time hujan ni.Dah terover bake pula..garing dan rangup je..Gambar pula kena ambil outdoor,langit mendung saja,dalam rumah-cahaya lampu pun tak cukup..dah guna kamera cap ayam macam ni lah kan!.resepi dalam majalah Saji November,banyak resepi menarik untuk di cuba.Nanti.....lepas satu-satu,coming soon..waiting list tak habis-habis.


TART TELUR
Resepi:Zanzafaraini Abdullah/Majalah Saji November 2014.thanks

Bahan-bahan
150 gm mentega
90 gm gula
1 biji telur
250 gm tepung
1/2 sudu kecil esen vanila

Bahan inti
125 gm air
65 gm gula
3 biji telur
50 gm susu
pewarna kuning     saya tambah

Cara membuatnya
  • Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  • Masukkan telur dan esen vanila.Sebatikan.
  • Masukkan tepung dan gaul sebati.Bentukkan mengikut acuan tart.
  • Kemudian bakar pada suhu 180'c selama 15 minit.
  • Campurkan kesemua bahan inti dan kacau sebati.Tapiskan.
  • Tuangkan ke dalam pastri dan bakar lagi selama 20 minit dengan suhu 180'c.
**masa membakar dan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.

4 ulasan:

  1. ujan2 makan apa sedap je Su apa lagi tart telur ni tak cukup tu 3 biji

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye kak noor,time ni semua laku.yang tak tahannya orang yang membuatnya!..

      Padam
  2. rajin akak buat tat..wana x pandai lagi nak buat kulitnya..kulit tu selalu beli ja..insyaallah nanti try buat sendiri kulit tat.. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena paksa rajin la Wanan,kak su suka makan tar telur.dulu tak berapa menjadi,usaha juga ,la ni bolehlah nak buat makan sendiri walaupun tak cantik.

      Padam