style="text-align: center"

Sabtu, 6 Disember 2014

MUFFIN PISANG

As-Salam buat semua..
hari ini nak tayang muffin pisang yang selalu saja saya buat tapi menggunakan resepi yang berlainan.Kali ini resepi diambil dari dapur Rohaisa/Damai Qalbu selepas terjumpa semasa blog walking.Boleh buat makan petang-petang dan juga buat bekal ke tempat bertugas.Muffin jer punn..but,let's try baking...

MUFFIN PISANG
Sumber: Damai Qalbu Thanks


Bahan-bahan
280 tepung gandum*
1 sudu kecil double action baking powder*
1/2 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil garam halus*- ****satukan dan ayak
250 gm pisang- lecekkan
120 gm gula kastor
1 biji telur- pukul sedikit
90 gm susu segar
90 gm minyak jagung
Hiasan-almond nibs   saya tambah.

Cara membuatnya
  • Dalam mangkuk sederhana, satukan pisang yang telah dilecek bersama gula kastor, telur, susu segar dan minyak, gaul sebati.
  • Masukkan adunan kering yang telah diayak dan gaul rata.(jangan terlebih gaul)
  • Sediakan loyang mufin bersama papercup dan tuangkan sepenuhnya adunan dalam papercup.
  • Tabur dengan almond nibs.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 darjah C selama 25 minit atau sehingga masak.
  • Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.Sedia untuk hidangan petang.

4 ulasan:

  1. wow..mufin pisang yang sangat mewah dengan taburan almond nib..sangat mantap ni kak su..

    BalasPadam
  2. Duduk beberapa minit di sini... nak juga rasa muffin pisang yang cantik ditaburi almond ni..

    BalasPadam