style="text-align: center"

Sabtu, 28 Februari 2015

KEK GULUNG JEM

 As-Salam buat semua...
Dah lama tak buat Kek gulung....sehinggalah ternampak sebotol jem merah dalam peti sejuk.Nak habiskan cepat jem tu saya buat Kek gulung jem,kalau tidak anak-anak tak makan jem dengan roti,entah bila saya beli pun dah lupa.Ok, bila dah buat kek laku pula lagipun mereka suka makan kek gulung.Let's try baking..

KEK GULUNG JEM
Sumber:DapurKu SaYang  thanks
Resepi asal:Kek gulung kasih

Bahan-bahan
70 gm tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 gm gula kastor
60 ml minyak sayur/minyak masak
1 sudu  kecil esen vanila
2 sudu kecil ovalette

jem strawberi

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 170'c -180'c.
  • sediakan loyang swiss roll,alas dengan baking paper.Sapukan dengan sedikit mentega.
  • Satukan kesemua bahan di atas kecuali minyak di dalam mangkuk adunan,kemudian putar hingga  gebu.
  • Setelah itu,tuangkan minyak sayur sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan spatula/senduk kayu.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar dan ratakan.
  • Kemudian bakar hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit atau sehinga masak bergantung pada oven masing-masing.
  • Setelah masak,keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
  • Cairkan jem dengan sedikit air panas.Kemudian sapukan jem mengikut citarasa sendiri.
  • Gulung kek perlahan dan kemas menggunakan baking paper dan biarkan sebentar di dalam peti sejuk.
  • Kemudian bolehlah di potong dan di hidangkan.
*jem boleh di sapu ketika kek masih suam,jika menggunakan buttecream tunggu sehingga kek sejuk dahulu.

2 ulasan:

  1. sama macam kaknoor Su selalu nak habiskan barang yg dah dibeli sayang kan, macam resepi di reka asalkan habis, kdg buat anak2 tk makan tulah spoil sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la Kak Noor,ada juga kadang tu anak tak makan,kalau anak makan cepat habis hilang terus letih ...

      Padam