Kerabu daging ini sedap di makan begitu sahaja ataupun bersama nasi putih.Menggunakan Sos Mae Pranom atau Sos cili Thai sebagai bahan perasa utamanya.Saya belajar membuatnya semasa mengikuti kelas memasak kira-kira dua tahun lepas.Untuk Mama Dee yang mengajar cara membuatnya,izinkan saya kongsikan di sini pula.Kerabu daging ini mempunyai rasa masam manis yang cukup lengkap.Daun ketumbar yang di gunakan adalah Daun ketumbar siam yang mempunyai bau yang lebih kuat dari daun ketumbar yang biasa kita gunakan dalam masakan harian.Best sangat kerana ia membuka selera.Sukatan bahan sebagai panduan sahaja,boleh di tambah ikut kesedapan...diet esok saja lah...
KERABU DAGING SOS THAI
Resepi:Mama Dee cooking class.Thanks
Bahan-bahan
500 gm daging-rebus dan hiris nipis
250 ml sos Mae Pranom/sos cili thai
1 biji bawang besar-hiris nipis
2 biji tomato-buang isinya saya guna tomato ceri
1 batang bunga kantan-hiris nipis
5 biji cili padi-potong kecil
2 sudu kicap sotong/Nam Pla/secukup rasa
30 gm daun ketumbar siam-hiris
2 biji limau nipis-jus atau lime powder brand Knorr
2 sudu gula kastor
1 batang serai
sayur lettuce-hiris nipis
saya tambah
1/2 batang timun-buang biji dan hiris halus
1 biji lada hijau
1 biji lada merah
Cara membuatnya
- Campurkan kesemua bahan-bahan di atas.Gaul sebati.
- Tambah bahan-bahan ikut kesedapan masing-masing.
- Letakkan ke atas sayur lettuce hiris tadi.
- Sedia untuk di hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan