style="text-align: center"

Isnin, 23 Mac 2015

MALAM PENGUCAPAN PUISI KOTA BHARU-21 MAC 2015

 As-Salam buat semua..
Sekali-sekala layan kepala dengar puisi memang best,tambahan pula saya seorang peminat puisi dari zaman sekolah hinggalah sekarang lebih-lebih lagi lagu puisi.Nak lari dari dunia medikal sekejap,kita masuk dunia sastera pula.Malam pengucapan puisi ini di adakan di Menara Tinjau,Tambatan DiRaja bandar Kota Bahru pada malam 21 mac 2015 sempena Hari Puisi Sedunia.My bodyguard tak berjiwa seni..saya paksa dia temankan saya dengar pengucapan puisi dan lagu puisi,kebas kut telinga dia tak faham..muka blur je nampak!.saya yang nak release tension,orang lain pulak yang tension!..

Malam pengucapan puisi ini di anjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama majlis Perbandaran Kota Bharu(MPKB-BRI).Sebenarnya saya nak tengok pemuisi tersohor tu-Sutung Umar RS,tapi dia tak datang pula sebab ada masalah kesihatan.
Pembaca puisi semuanya best ,terdiri dari orang-orang yang menjadi juara puisi serata negeri...telah membawa hati saya ke bait-bait puisi yang indah...
Saya jadi wartawan tak bertauliah malam tu..mengambil gambar dan mencatat puisi yang sedang di baca...Pantai ini terlalu indah untuk di lukiskan..ketika langit petang sedia terbenam...Mohd Zizee Setapa-Cinta berahi di Pantai Cahaya Bulan .
Siti Nur Zafran Zainal Abidin-Kembalikan leluhur negeri Cik Siti Wan Kembang.
Dr Nor Hasnida Abd Ghani-Ayah Tuan guru Nik Aziz
Di akhiri dengan penutup lagu puisi -Kita ini tetamu senja dari puisi A Samad Said(1995)-Kopratasa dan Doa dari puisi Chairil Anwar(1943)-Zubir Ali di nyanyikan oleh KB Buskers....Tuhanku dalam termangu ,aku masih menyebut namamu biar susah sungguh,mengingat kau penuh seluruh...

4 ulasan:

  1. Masa sekolah dulu mmg aktif berpuisi...skrg dah berkarat tak mampu nak kuar ayat2 puitis..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak aktif berpuisi sebab pemalu yang amat,saya cuma aktif membaca puisi orang !ha..haa

      Padam
  2. kaknoor pun tak reti nak ber puisi segala, tapi kalau dengar orang berpuisi meremang bulu roma ku hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la Kak Noor,saya ni pulak jiwang karat,bila dengar puisi terus hanyut di buai rasa..

      Padam