Jumaat, 24 April 2015

KEK COKLAT MOIST

As-Salam buat semua..
Esok saya mula bercuti selama seminggu dari bertugas.Nak gi KL dan Negeri Sembilan ambil kakak yang dah habis belajar kat Kolej Matrikulasi Kuala Pilah.Selepas ini lengkaplah satu family,ada papa,mama,kakak ,abang dan adik dapat kumpul bersama.Ramadhan pun dah dekat,lagi best!Sambil-sambil tu nak jalan-jalan sekali,dah lama tak pergi bercuti.
Sebelum tu,nak postkan dulu kek hari jadi Azim yang di buat dua hari lepas..Saya masih menggunakan resepi kek yang sama dari Azlita.Best kek ni,lembut dan moist sahaja.Ni pun a keeper resipi saya untuk kek coklat.Tak sempat nak tulis resepi hari tu kerana terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan.Let's try baking.

KEK COKLAT MOIST
Sumber:Azlita masam manis.thanks Ita!

Bahan A
300 gm tepung gandun
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
*satukan kesemua bahan dan ayak.Ketepikan.

Bahan B
3 biji telur saiz A
400 gm gula kastor    saya guna 300 gm shj
1 suud teh esen vanila

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung
*untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lembut,boleh tambah 2 sudu besar susu pekat manis .

Bahan D
250 ml air panas
Cara membuatnya
  • Satukan semua bahan B.Pukul hingga putih..
  • Masukkan minyak dan susu cair dan tambah 2 sudu besar susu pekat manis jika nak lebih moist.
  • Pukul hingga sebati.Boleh pukul dengan hand mixer atau stand mixer(adunannya agak banyak juga).
  • Masukkan bahan tepung yang telah di ayak tadi sedikit -sedikit dan kaup balikkan adunan dengan spatula.
  • Tambahkan air panas dan gaul rata.
  • Tuangkan adunan di dalam loyang bulat atau empat segi ukuran 8 inci yang telah di griskan dan lapik dasar loyang dengan kertas minyak.
  • Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170'c.
  • Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 1/2jam  bergantung kepada kepanasan ketuhar masing-masing.
  • Sejukkan kek sebelum di letak topping.
topping coklat(saya gandakan bahan-bahan ini)
Sumber:Facebook

Bahan-bahan
1/2 cawan susu pekat
2 sudu  besar serbuk koko
2 sudu besar mentega

Masukkan susu pekat,serbuk koko dalam periuk dengan api kecil.Kacau hingga pekat dan bergaul rata.
Masukkan mentega dan tutup api.
Dah sejuk sedikit tuangkan diatas kek yang telah di sejukkan
 .
*Hiasan kek di atas menggunakan aising krimwell coklat dan topping coklat di atas.Saya taburkan dengan kepingan coklat bar almond yang di cincang di atasnya.

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah... kakak dah habis bbelajar di matrikulasi, moga selepas ini terus sukses dalam pelajarannya. Happy belated birthday buat Azim... juga moga terus cemerlang dunia wal akhirat. Rajin Suzana buat kek....

    BalasPadam