Khamis, 30 April 2015

UBI KELEDEK GORENG

As-Salam buat semua...
Di kelantan,Ubi keledek goreng di kenali juga sebagai Kaki ayam,mungkin sebab bentuknya yang di potong panjang-panjang begitu nampak macam jari ayam.Best makan panas-panas,rangup sahaja.Ia biasanya di jual di tepi-tepi jalan(street food)bersama dengan pisang goreng atau bersama makanan goreng lain yang di celup tepung.

UBI KELEDEK GORENG aka KAKI AYAM
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan(tiada sukatan)
ubi keledek oren-potong jejari nipis
tepung beras
air
sedikit garam
serbuk kunyit

Cara membuatnya
  • Campurkan tepug beras,garam, serbuk kunyit dan tambahkan air sedikit demi sedikit.
  • Adunan baternya tidak boleh terlalu cair.Gaul rata.
  • Panaskan minyak untuk goreng terendam.
  • Bila minyak sudah panas,masukkan jejari keledek ke dalam adunan bater dan goreng sehingga garing.
  • Balik-balikkan dan nampak garing bolehlah di toskan di atas paper towel
  • Sedia untuk di hidangkan.

2 ulasan:

  1. wana pun suka makan..sedap kan kak..kalau wana boleh habiskan sepiring tu..heheh..

    BalasPadam
  2. memang sedap Wana sebab ia rangup sahaja dan sweet potatonya rasa manis.

    BalasPadam