Selasa, 7 April 2015

PUYUH GORENG SEDAP

As-Salam buat semua..
Puyuh goreng ini di buat untuk Azim dan my bodyguard yang amat suka makan Puyuh goreng(gen yang sama!).Sekali dia makan habis 3 belah badan puyuh ni,makan panas-panas macam tu saja tanpa nasi.Selalunya kami beli puyuh yang bersaiz agak besar sedikit,puas la Azim makan.Saya tak makan puyuh tapi boleh saja masak puyuh tu.Dah dua beranak tu nak makan...kita buat la.Resepinya ringkas sahaja..let's try cooking.

PUYUH GORENG SEDAP
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
4 ekor puyuh-belah dua
4 sudu besar sos tiram
1 kiub pati ayam-di hancurkan
3 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
1/2 biji limau nipis-perah jusnya
1 sudu teh gula 
sedikit minyak bijan
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
  • Perap puyuh dengan semua bahan di atas.
  • Isikan kedalam bekas,tutup dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk selama 2 jam.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
  • Sedia untuk di hidangkan.

4 ulasan:

  1. puyuh mmg sedap Su tpi nak dptkan puyuh ni yg payah sngt disini tak tau dimana nak cari, teringin lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap ..azim yang kata! kat sini banyak orang jual puyuh terutama kat pasaraya Maidin tu hari-hari ada.

      Padam
  2. Di hujung kampung kami di Selangor ada kilang proses burung puyuh... selalu beli di situ kalau balik kg, tapi sekarang dan duduk seberang laut ni, jaranglah pulak nak meratah puyuh! Rindu puyuh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi pengemar puyuh sudah tentu ianya sedap sebab saya nampak azim makan berselera sekali.garing di luar,lembut di dalam.

      Padam