Ahad, 5 April 2015

SHORTBREAD COOKIES WITH CHOCOLATE CHIP


As-Salam buat semua..
Mesti semua orang dok cari mana hilangnya coklat cips kat biskut ni.Nampak kosong saja kan!tu lah buat lagi biskut kalau dah my heart and soul entah melayang-layang terbang ke mana..ada ke patut saya lupa letak coklat cip kat atas biskut sebelum membakarnya.Bukan satu tapi kesemuanya!.Tapi ia tidak merubah rasa biskut cuma nampak tak menarik lah kan,plain saja.Tak pula anak-anak bertanya mengapa biskut ni kosong sahaja...Let's try baking.

SHORTBREAD COOKIES WITH CHOCOLATE CHIPS
Sumber:mori's kitchen .thanks
Bahan-bahan

1 cawan mentega
1/2 cawan gula halus/kastor
2 sudu besar gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 kecil garam

coklat chip secukupnya

Cara membuatnya
  • Pukul mentega dan gula hingga sebati.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
  • Ayakkan tepung gandum,baking powder dan garam.
  • Masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
  • Masukkan coklat cips dan gaul rata.
  • Sediakan dulang pembakar dan lapikkan dengan baking paper.
  • Sudukan adunan ke atas dulang pembakar dan tekan sedikit supaya adunan menjadi leper .
  • Letakkan coklat chips di atas biskut sebagai hiasan.
  • Bakar selama 15 minit dengan kepanasan 160'c.
  • Bila telah masak,keluarkan dari oven dan sejukkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan